
Malam ni Malaysia akan turun beraksi menentang Indonesia di Indonesia dalam perlawanan Kumpulan A Piala AFF Suzuki, yang merupakan kejohanan 2 tahun sekali membabitkan pasukan-pasukan negara dari rantau Asia Tenggara.
Dalam sejarah piala ini, yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger(ade member kawe kata dulu Malaysia takkan menang Piala Tiger sebab ditaja oleh brand alcohol, sekarang dah tukar kepada Suzuki dah, so peluang menang ada ke tak?hahaha) Malaysia belum pernah menang dan pencapaian terbaik Malaysia adalah layak ke final pada kejohanan sulung pada tahun 1996, dimana pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan tewas 1-0 kepada Thailand di final. Masih segar diingatan pasukan 96 yang terdiri daripada pemain-pemain seperti Khairul Azman Mohammad, K.Sanbagamaran, Yap Wai Loon, Zainal Abidin Hassan dan lain-lain lagi..
Sejak itu, pencapain terbaik Malaysia adalah layak ke separuh akhir beberapa kali dan pada 2 tahun lepas, Malaysia kecundang di peringkat kumpulan, terima kasih kepada mutu penjaga gol yang hebat dari Helmi Eliza(ingat lagi gol2 yang dia bocor masa lawan Vietnam??).
Tapi lupakan semua itu dan mari kita memberikan sokongan kepada pasukan negara pada jam 8.30 malam ini. Perlawanan akan disiarkan secara langsung oleh Astro ESPN (TV1 mungkin akan siarkan live sekiranya Malaysia layak ke perlawanan akhir, macam biase la..haha)