Monday, December 20, 2010

Malaysia 2010

depan (dari kiri)- amar rohidan, asraruddin putra omar, s.kunalan, safiq rahim
belakang(dari kiri)-mahali jasuli, safee sali, norshahrul idlan talaha, amirulhadi zainal, mohd fadhli shas, khairul fahmi che mat, muslim ahmad.

Sunday, December 19, 2010

Ke final


Oleh Syed Riduan Ahmad dari Hanoi, Vietnam
smriduan@nstp.com.my
2010/12/19

Barisan 10 pemain Vietnam gagal tembusi kubu kental skuad Rajagobal

"PEMAIN sudah tunjukkan taring harimau yang sebenar. Walaupun permainan tidak menarik, tetapi kita layak mendapat keputusan ini. Saya optimistik kita dapat menjadi juara kali ini.
“Saya semakin yakin dengan peluang kita pada final nanti selepas pencapaian pemain hingga ke tahap ini. Walaupun pada awalnya kita tidak meletakkan sasaran, tapi kini alang-alang sudah sampai ke final, lebih baik kita selesaikan sehingga muncul juara.
“Saya rasa cukup gembira kerana ia sesuatu yang amat istimewa mara ke final walaupun skuad kali ini dibarisi ramain pemain muda selepas beberapa pemain utama dilanda kecederaan.”

Itu kata-kata yang terpacul daripada mulut jurulatih K Rajagobal selepas mengharungi tempoh 90 minit mendebarkan dalam saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium My Dinh, di Hanoi, malam tadi sebelum Malaysia mengesahkan tempat ke final, 26 dan 29 Disember ini bertemu sama ada Indonesia atau Filipina.

Ia pasti menjadi malam cukup panjang bagi barisan pemain muda negara yang melakar sejarah ke final pertama selepas 14 tahun, hasil kemenangan agregat dua gol Mohd Safee Sali pada pertemuan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu.

Keputusan tanpa jaringan di depan lebih 40,000 penonton serba merah tuan rumah, sudah lebih daripada mencukupi walaupun sepanjang permainan, skuad muda negara dipaksa bertahan, terima kasih kepada penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat yang layak dianggap wira.
Pada babak pertama, Vietnam memulakan rentak pantas menyerang kubu pasukan kebangsaan tetapi benteng pertahanan berhati-hati memastikan tiada percubaan berbahaya, dengan jentera serangan dibarisi Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee cuba mengintai peluang serangan balas.

Ruang untuk mencari keputusan positif terhasil selepas juara bertahan kendalian Henrique Calisto itu terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Thanh Luong dibuang padang kerana sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti serta membantah keputusan pengadil.

Rentak permainan negara menjadi lebih tenang dan kemas selepas itu, malah kurang bernasib baik untuk membocori gawang tuan rumah walaupun Vietnam tidak berputus asa untuk mencari gol semangat, hinggalah pengadil menamatkan permainan.

Saturday, December 11, 2010

Memo untuk FAM

SEDAR atau tidak, Malaysia sebenarnya mempunyai beberapa pemain berbakat yang sedang menimba ilmu di luar negara.

Adakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyedarinya atau 'buat-buat' tak sedar?

Minggu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengambil jalan pintas dalam program pembangunan atlet dan komited mahu melahirkan atlet bertaraf dunia dari kalangan rakyat tempatan.

Beliau mengeluarkan penjelasan tersebut seba- gai respons terhadap cadangan menggunakan khidmat pemain negara lain bagi mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.

Pendirian Ahmad Shabery itu mendapat sokongan daripada beberapa peminat sukan tempatan yang mahu melihat kecemerlangan sukan negara seha- rusnya digalas oleh anak tempatan.

"Saya sebagai warganegara Malaysia bersetuju dengan kenyataan Datuk Shabery mengenai perkara ini," jelas seorang peminat, Ghzalie Zali yang meluahkan pandanganya melalui e-mel kepada Kosmo!

Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan mengimport ahli sukan kerana ia bukan produk tulen yang dilahirkan oleh negara.

Katanya lagi, sejak beberapa hari lalu, ramai di kalangan peminat bola sepak tempatan membica- rakan kewajaran menggunakan khidmat pemain negara lain bagi mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.

"Langkah tersebut tidak wajar kerana Malaysia tidak ketandusan ahli sukan berwibawa. Cuma yang kurangnya, persatuan sukan kebangsaan tidak berfungsi dengan baik untuk melahirkan atlet berwibawa," jelasnya.

Dalam sukan bola sepak, terdapat ramai anak tempatan yang mula melakar nama dengan kelab- kelab terkemuka di luar negara.

FAM sebagai badan induk bola sepak di negara ini seharusnya melakukan sesuatu untuk mencari anak tempatan ataupun yang berdarah Malaysia sedang bermain di luar negara.

Mereka ini harus dibawa balik ke bumi Malaysia untuk memperkuatkan skuad kebangsaan yang masih mengalami nasib terumbang-ambing di pentas antarabangsa.

Beberapa pemain tempatan yang dikenal pasti sedang menimba ilmu di luar negara adalah Brendan Gan, Takashi Takeda, Nicholas Chan, Tham Sheang Sung dan Ash Hameed.

Brendan dilahirkan pada 3 Jun 1986 di Suther- land Shire, Sydney, Australia dan bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Brendan disebut-sebut sebagai salah seorang pemain paling berbakat di Australia yang mewakili kelab Sydney FC dan bermain di posisi midfield.

Takashi Takeda pula dilahirkan pada 27 Julai 1986 di Pulau Pinang dan kini bermain dalam Liga Jepun (Liga-J Divisyen 2) dengan kelab Fagiano Ogayama FC dan bermaian di posisi pertahanan tengah dan bek kanan.

Nicholas Chan, 19, adalah anak kepada pemilik kelab Cardiff City iaitu Datuk Chan Tian Ghee.

Dia dianggap pemain serba boleh yang menjana bahagian tengah.

Tham Sheang Sung pula merupakan anak kepada pasangan Tam Yung Tong (bapa) dan Ang Hui Chin (Ibu) yang berumur 15 tahun bermain di Liga J (Divisyen 2) dengan kelab FC Yokohama.

Ash Hameed, 13, yang berasal dari Selangor kini dikatakan telah mengikat kontrak selama 2 tahun bersama pasukan Queens Park Rangers (QPR).

Bapanya pernah bermain bersama skuad belia negara dan Selangor pada tahun 1988 hingga 1990.

Apa yang diharapkan adalah agar FAM membuka mata dan memantau perkembangan pemain-pemain terbabit yang boleh menjadi aset kepada skuad kebangsaan.

Mereka adalah pemain-pemain yang berbakat dan negara akan kerugian andainya pemain-pemain tersebut hilang begitu sahaja.

Persoalannya, mahukah pemain-pemain ini beraksi dalam liga tempatan yang kurang menyediakan persaingan berbanding di Jepun dan England?

Kelantan juara Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010

KELANTAN memang hebat.

Semalam, mereka muncul juara kejohanan bola sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja Ke-70 selepas menewaskan Kedah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, lapor ZAID MOHD. NOOR.

Jaringan Kelantan dilakukan oleh Rosairil Asrol Mat Nor, Mohamad Aris Zaidi, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali dan Khairan Ezuan Razali.

Gol Kedah pula dijaringkan oleh Ahmad Fauzi Shaari, Shafizan Hashim dan Mohd. Firus Hashim.

Bagaimanapun, Kelantan mempunyai peluang terbaik pada minit kelapan apabila penyerangnya, Mohamad Ramzul Zahini Adenan yang melakukan gerakan cantik memasuki kotak penalti tetapi bola ditolak keluar pemain lawan sebelum sempat pemain itu melakukan rembatan ke gol.

Pada minit ke-15, Mohd. Aris Zaidi melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi sedikit melepasi sasaran.

Skuad Kelantan yang melakukan serangan bertali arus mencari gol semangat, sekali lagi mendapat peluang melalui percubaan Mohamad Ramzul yang hanya berhadapan dengan penjaga gol Kedah, Mohd. Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-17, namun sentuhannya tidak tepat ke arah gol lawan.

Kedah yang banyak bertahan pada separuh masa pertama tidak ketinggalan melakukan serangan balas melalui Mohd. Hazwan Zainun dan Wan Mohd. Asraf Wan Ali tetapi berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah yang diperkuatkan oleh ketua pasukan, Sharudy Aziz.

Wednesday, December 8, 2010

PBSMM janji aksi final lancar

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my
MUSIM tengkujuh yang melanda Pantai Timur ketika ini tidak akan mengganggu kelancaran perlawanan akhir kejohanan bola sepak Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 membabitkan pertemuan antara Kelantan dengan Kedah, Sabtu ini.
Aksi final bagi edisi ke-70 itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dengan sepak mula pada pukul 8.45 malam.
Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak- nya telah mengarahkan supaya penggunaan stadium terbabit dihentikan sepanjang minggu ini bagi menjaga keadaan padangnya.
"Memang hujan sedang melanda Pantai Timur termasuk di Kota Bharu ketika ini tetapi kita telah mengambil langkah supaya padang di stadium berkenaan tidak teruk untuk aksi final nanti.
"Kita juga berdoa agar hujan tidak turun dengan lebat pada Sabtu ini untuk memastikan final berlangsung dalam keadaan lancar," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Ditanya mengenai pemilihan Kelantan sebagai pasukan tuan rumah final kali ini, Taki- yuddin menjelaskan, ia telah dipersetujui oleh barisan Exco PBSMM berdasarkan situasi Kedah menjadi tuan rumah final tahun lalu.
"Memang final biasanya diadakan di salah satu venue pasukan yang layak. Tahun lepas, Kedah menjadi tuan rumah kepada Perlis untuk aksi final di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
"Jadi memandangkan Kedah sekali lagi mara ke final, Exco PBSMM telah memilih Kota Bharu sebagai venue final kali ini," ujarnya.
Tiket bagi aksi final Sabtu ini dijual pada harga RM15 (tempat duduk astaka), RM10 (tempat duduk terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak.
Sementara itu, Takiyuddin menyatakan bahawa pasukan PBSMM hanya akan menyertai saingan Liga FAM pada musim 2012 kerana mereka belum bersedia untuk menyertainya musim 2011.
"Terus terang saya katakan bahawa faktor kewangan menjadi punca penangguhan ini. Kos semusim sekitar RM500,000 dan kita mungkin akan menyertainya menerusi penggabungan dengan pasukan Unisel," katanya

Padah tak balas notis



Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

TIGA bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose berdepan kemungkinan digantung satu musim andai mereka didapati bersalah melanggar kontrak bersama pasukan lama mereka, Kelantan.

Indra, Farhan dan Azizi dikatakan telah menyertai pasukan T-Team untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2011 dan mereka dikatakan sudah turun menjalani latihan di Kuala Terengganu pada minggu ini.

Mereka didakwa tidak membalas notis tawaran lanjutan kontrak yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang membawa maksud pemain-pemain tersebut telah bersetuju untuk bersama Kelantan bagi musim 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain yang melanggar syarat tersebut boleh dikenakan hukuman penggantungan selama semusim.

“Notis tersebut dikeluarkan pasukan dalam tempoh tiga bulan sebelum kontrak tamat. Jika pemain mendapat tawaran pasukan lain untuk musim berikutnya, mereka perlu membalas notis itu dalam tempoh 14 hari.

“Namun jika pemain tidak balas langsung notis tersebut, maka secara automatik mereka dianggap bersetuju menyambung kontrak dan perjanjian bersama pasukan itu akan terus berkuat kuasa untuk musim berikutnya.

“Tetapi jika pemain tidak menerima notis lanjutan kontrak itu dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum kontrak tamat, barulah dia bebas untuk berpindah ke pasukan lain,” jelas Takiyuddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Namun Kosmo! difahamkan, dua lagi bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke pasukan baru iaitu Akmal Rizal Rakhli (Perak) dan Hairuddin Omar (Negeri Sembilan) tidak berdepan masalah kerana mereka tidak menerima notis tawaran lanjutan kontrak daripada KAFA.

Takiyuddin memberitahu, setakat ini jawatankuasa FAM itu masih belum menerima sebarang aduan atau bantahan daripada mana-mana persatuan negeri dan kelab termasuk KAFA.

“FAM belum menerima apa-apa bantahan. Tetapi kita tidak tahu jika ada persatuan yang akan mengemukakan bantahan ini selepas tarikh akhir pendaftaran pemain musim 2011 iaitu pada 15 Disember ini.

“Jika selepas tarikh tersebut pemain yang sudah menandatangani kontrak bersama pasukan baru dan mahu berpatah balik kepada pasukan lama kerana mereka melanggar syarat tersebut, ia sudah terlambat.

“Ini merupakan peringatan penting buat semua pemain supaya bertindak mengikut peruntukan dalam kontrak sebelum mereka membuat apa-apa keputusan,” tegasnya.

Tuesday, December 7, 2010

Pemain Baru Malaysia?





Gambar siapa kah diatas ini? Bukan yang berbaju pink itu kerana satu dunia sudah tahu itu adalah Tim Cahill.

Pemain gambar diatas yang juga sedang bergelut dengan Cahill adalah seseorang pemain bola sepak yang bernama Brendan Gan.

Apa istimewanya Brendan Gan ini?

Buat pengetahuan semua, Gan adalah pemain berketurunan Cina( ibu dari Sarawak dan bapa dari Negeri Sembilan) yang dilahirkan di Sutherland Shire, Australia dan bermain untuk kelab gergasi Liga Australia iaitu Sydney FC.

Mempunyai ketinggian 1.78m atau 5 kaki 10 inci, Gan adalah seorang pemain attacking midfielder dan menyarung jersi nombor 7 untuk Sydney FC.

Gan memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama kelab Marton Hammers sebelum menyain kontrak bersama Sutherland Sharks pada tahun 2000, ketika baru berusia 12 tahun.

Pada tahun 2008, Gan membuat penampilan sulungnya bersama Sutherland Sharks dan telah dinobatkan sebagai New South Wales Premier League Player of the Year.

Kemudian, Gan telah menyertai Sydney FC pada tahun 2008 dan membuat penampilan pertama ketika menentang Queensland Roar.

Rekod Gan jika di petik dari Wikipedia adalah 4 gol dalam 38 penampilan bersama Sydney dan 7 gol dalam 23 penampilan liga bersama Sutherland.

Oleh kerana Gan tidak pernah mewakili Australia dalam mana-mana peringka umur, ini bermakna harapannya untuk mewakili Australia adalah tipis sekali. Dan Gan telah pun membuat kenyataan bahawa dia berminat untuk mewakili Malaysia sekiranya di pilih.

Ini pula petikan sumber Utusan:

Selain itu, Azzuddin berkata FAM mempunyai perancangan untuk berjumpa wakil Brendan Gan, 22, yang difahamkan berminat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa sekiranya diberikan peluang.

''FAM akan usahakan dalam masa terdekat menemui Brendan, namun ia perlu mendapat makluman Jawatankuasa Teknikal terlebih dahulu dan mendapat perkenan Presiden, Sultan Ahmad Shah.

''Banyak perkara perlu kami teliti terlebih dahulu seperti profil dan laporan prestasi Brendan sebelum kami mengemukakan tawaran bermain bersama skuad kebangsaan, '' katanya.



Bila lagi FAM mahu mengikut jejak langkah Indonesia dan Filipina yang mencari bakat-bakat baru yang dapat menjulang skuad bola sepak mereka dari luar negara?

Piala Suzuki edisi kali ini menyaksikan kehadiran beberapa bintang baru seperti pemain kacukan Indonesia/Belanda iaitu Irfan Bachim, seorng pemain bertatoo di lengan kanan yang memakai jersi nombor 17 yang kini adalah bintang baru bola sepak Indonesia.

Begitu juga dengan Filipna yang mempunyai adik beradik Younghusband iaitu Phillip dan Gary, yang juga adalah pemain kelahiran England yang pernah menjadi sebahagian daripada skuad remaja Chelsea.

Kehadiran pemain-pemain sebegini jelas dapat meningkatkan lagi mutu permainan kedua-dua pasukan tersebut. Proses Naturalisasi yang sudah lama di buat oleh Singapura mahupun Indonesia sekarang mungkin tidak perlu dilaksanakan kerana tidak adil bagi pemain-pemain negara sekiranya teman sepasukan mereka adalah pemain yan tidak ada asal-usul pun dengan negara Malaysia tetapi bermain untuk Malaysia.

Tetapi mengambil pemai-pemain yang berdarah Malaysia, yang boleh bermain dengan Malaysia, dan yang paling penting mahu bermain untuk negara,mereka ini perlulah di cari di merata pelusuk dunia. Tidak mustahil ada pemain-pemain dari liga divisyen bawah England yang layak untuk menyarung jersi Malaysia. Begitu juga dengan khabarnya terdapat 2 orang pemain di Liga Jepun yang boleh mewakili Malaysia kerana ibu bapa mereka berasal dari negara kita.

FAM sebagai badan bola sepak negara perlulah membuka mata dan menjalankan tugas mereka dengan cekap dan pantas. Sekiranya projek-projek seperti menghantar pemain-pemain muda yang berbakat ke luar negara tidak membuahkan hasil seperti yang diidamkan, mungkin proses mencari pemain proffesional yang sudah sedia di luar negara dan bersedia untuk mewakili negara bukan sahaja perlu dipertimbangkan, malah perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera agar bola sepak Malaysia dapat bernafas seperti dahulu kala.

Rajagobal tunai janji





Daripada Lokman Zainal Abidin di Palembang, Indonesia

SELEPAS bergelut dengan pelbagai masalah, Malaysia akhirnya berjaya melayakkan diri ke kelompok empat pasukan terakhir kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 selepas menundukkan Laos 5-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Jaka Baring, Palembang, malam tadi.

Kejayaan itu meleraikan kebimbangan ketua jurulatih, K Rajagobal serta semua anak buahnya yang sebelum ini sangsi dengan tindakan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl merehatkan lima pemain utama ketika bertemu Thailand pada satu lagi perlawanan yang dijalankan serentak di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.


Pada perlawanan itu, Indonesia menundukkan Thailand 2-1 sekali gus membuatkan kem Malaysia menarik nafas lega kerana berjaya lolos ke separuh akhir walaupun selepas ditewaskan 5-1 oleh Indonesia pada perlawanan pembukaan., masa depan anak buah Rajagobal itu untuk melepasi peringkat kumpulan seakan samar.

Sebelum bertemu Laos, Rajagobal berjanji memastikan Malaysia layak ke separuh akhir dan janjinya itu dilunaskan menerusi jaringan Amri Yahyah (dua gol) manakala Amirulhadi Zainal, Nor Shahrul Idlan Talaha masing-masing menyumbang satu gol dan ditambah satu gol lawan Pada pertemuan di Palembang malam tadi, tidak banyak aksi membanggakan dipersembahkan Malaysia sepanjang 45 minit babak pertama berlangsung dan suara Rajagobal lebih lantang kedengaran berbanding suara pemain yang bermain di hadapan tidak sampai 70 penonton - kebanyakannya penuntut Malaysia di sekitar Palembang.


Hasrat Malaysia mengotakan azam bermain lebih baik berbanding dua perlawanan lalu, mula terpamer apabila mendahului Laos seawal minit ketiga menerusi tandukan kapten Selangor, Amri yang mendapat hantaran lintang Nor Shahrul Idlan Talaha.


Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan empat minit sebelum Lamnao Singto menyamakan kedudukan 1-1, juga menerusi tandukan yang melepasi jangkauan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Malaysia yang sepatutnya mempamer aksi lebih kemas untuk mencari gol, gagal berbuat demikian sebaliknya banyak hantaran yang tidak sampai ke kaki rakan membuatkan penjaga gawang Laos, Sengphachan Bounthisanh lebih banyak berehat berbanding Khairul Fahmi yang kerap diduga penyerang lawan.


Pada minit ke-39, Amri pantas memastikan Malaysia mendahului 2-1 selepas menolak mudah hantaran kapten, Safiq Rahim dan kedudukan itu kekal sehingga hingga pengadil dari Vietnam, Vo Min Tri meniupkan wisel bagi menamatkan saingan babak pertama tamat.

Entah apa kata-kata digunakan Rajagobal ketika taklimat di bilik persalinan, pemain Malaysia kembali bermula garang sebaik bermula babak kedua dan aksi agresif seperti yang diharapkan pengendali itu, mula kelihatan walau hujan lebat diiringi angin yang agak kuat, membataskan sedikit rentak pemain.


Nor Shahrul Idlan yang mendapat umpanan S Kunanlan pada minit ke-61, hampir menjadikan kedudukan 3-1 tapi penyerang Kelantan yang baru dinobat sebagai pemain paling bernilai itu yang hanya berdepan dengan penjaga gol Laos, gagal mengawal bola dengan baik manakala tandukan yang dilakukan Safiq, sembilan minit selepas itu pula melewati palang gol.


Gol ketiga yang dicari-cari skuad kebangsaan berjaya juga dihasilkan Amirulhadi pada minit ke-73 selepas kesilapan pemain pertahanan Laos dan Nor Shahrul Idlan menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-76.


Gol sendiri rembatan pertahanan Laos, Ketsada Souksavanh menerjah gawang lawan pada minit akhir permainan sekali gus melengkapkan kemenangan besar 5-1.

Saturday, December 4, 2010

Malaysia ikat Thailand, Laluan ke Separuh Akhir Tipis..

Barisan pertahanan Malaysia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila menidakkan usaha pemain Thailand menjaringkan gol spanjang 90 minit perlawanan, tetapi kegagalan beberapa pemain serangan yang tidak berjaya menyambut beberapa umpanan cantik dari Norshahrul Idlan Talaha menyaksikan skuad negara terlepas peluang untuk mencuri kemenangan dari skuad gajah putih.

Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan penuh oleh Thailand, yang membuat sekurang-kurangnya 15 percubaan ke arah pintu gol Khairul Fahmi Che Mat. Namun pertahanan negara yang di ketuai pemain berusia 21 tahun iaitu Muslim Ahmad, kebal menangkis setiap percubaan yang di lancarkan oleh pemain Thailand.

Kemasukan Khairil Muheymeen Zambri pada lewat separuh masa pertama menyaksikan Malaysia bangkit sedikit pada separuh masa kedua dan mula melancarkan beberapa serangan ke arah pintu gol Thailand, yang langsung tidak di uji pada separuh masa pertama.

Beberapa larian cantik dari Norshahrul dari sebelah kanan gagal dimanfaatkan oleh Safee Sali, S.Kunalan dan juga Khyril Muheymeen.

Thailand hampir mendapat gol kemenangan pada masa kecederaan namun sepakan yang terkena salah seorang pemain pertahanan negara singgah di palang gol.

Dengan keputusan ini, Malaysia kekal di tangga tercorot Kumpulan A dengan 1 mata, manakala Thailand berada di tangga ke dua dengan 2 mata. Indonesia yang menumpaskan Laos 6-0 sudah pun layak sebagai juara kumpulan dan akan menutup aksi peringkat kumpulan dengan menentang Thailand. Malaysia perlu menang ke atas Laos, sambil mengharapkan ihsan dari Indonesia agar sekurang-kurangnya mengikat Thailand dengan keputusan seri, jika mahu layak ke peringkat separuh akhir.

Friday, December 3, 2010

Jersi Malaysia Lagi!






Jersi-jersi ini boleh dibeli di Butik Nike serta cawangan Al-Ikhsan di seluruh negara dengan harga RM199.

Kesebelasan Malaysia menentang Thailand?




Kekalahan memalukan 5-1 kepada Indonesia tempoh hari menyaksikan Malaysia perlu menang keatas Thailand jika mahu menghidupkan peluang untuk beraksi di pentas separuh akhir Piala AFF Suzuki Cup 2010.

Persoalan sekarang, mampukah anak-anak buah K.Rajagopal membuat kejutan dengan menewaskan Thailand, yang merupakan pasukan Asia Tenggara paling kuat di atas kertas.

Skuad Harimau Malaya sudahpun dicacatkan dengan ketiadaan pemain-pemain seperti Norhafiz Zamani Misbah, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Razak, Azmi Muslim, Badrol Bakhtiar, S.Chanturu, Fakri Saraani dan Mohd Zaquan Adha Razak, semuanya tidak dapat beraksi akibat daripada kecederaan yang dialami.

Jelas, kelibat pemain-pemain yang tidak dapat beraksi amat terasa ketika perlawanan pembukaan, terutamanya di bahagian pertahanan, dimana Rajagopal telah menurunkan 2 orang pemain pertahanan yang berusia 21 dan 19, iaitu Muslim Ahmad dah Fadhli Shas.

Akibatnya, kecetekan pengalaman dan rasa gugup pemain tersebut menyaksikan Malaysia melepaskan 5 gol dengan mudah sekali.

Sebagai peminat sukan negara, siapalah saya jika hendak di bandingkan dengan K.Rajagopal, tetapi berdasarkan 22 pemain negara yang ada sekarang, inilah kesebelasan yang mungkin saya turunkan ketika beraksi menentang Thailand petang ini.



*gambar Amri Yahyah besar bukan bermakna dia pemain kesayangan, tetapi x jumpa gambar kecil yang seragam dengan gambar pemain-pemain lain.

Formasi: 4-2-3-1

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat
selepas Sharbinee Alawee melepaskan 5 gol, mungkin ini giliran penjaga gol yang dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik liga Malaysia 2010 dan pemain muda terbaik Liga Malaysia 2010 untuk mengemudi gawang negara.

Bek Kanan: Sabree Mat Abu
Boleh beraksi di mana-mana bahagian pertahanan, pemain Kedah ini adalah antara pemain yang kerap di panggil oleh Rajagopal sejak tahun 2009 lagi.

Bek Tengah: Khairul Helmi Johari & Muslim Ahmad
Mungkin pengalaman Khairul dapat membantu Muslim, seorang pertahanan muda yang tenang dan berpotensi untuk bermain dengan lebih baik dan mengekang penyerang-penyerang Thailand.

Bek Kiri: Asrarudin Putra Omar
Gol sendiri tempoh hari harap tidak melemahkan semangat Asrarudin, yang merupakan satu-satunya pemain kaki kiri di bahagian pertahanan negara.

Defensive midfielders: Safiq Rahim dan K.Gurusamy
Perlu bertindak sebagai protector kepada pertahanan negara, juga perlu melorongkan bola-bola cantik kepada bahagian sayap dan serangan.

Attacking midfielder/Free role: Amri Yahyah
Bertindak sebagai pemain yang mempunyai free role, atau membantu dan membuka ruang bagi Idlan membuat percubaan ke arah pintu gol Thailand.

Sayap kanan: Amirulhadi Zainal
Selepas prestasi kurang memberansangkan ketika menentang Indonesia, Amirulhadi perlu mempertingkatkan permainannya yang kelihatan amat baik ketika beraksi dengan Selangor. Perlu membuat larian deras dan hantaran kepada Idlan.

Sayap kiri: S.Kunalan
Pemain laju ini perlu menggunakan kelajuan yang ada untuk melepasi perangkap offsaid Thailand sekaligus membuka peluang kepadanya atau penyerang untuk membuat percubaan.

Penyerang:Norshahrul Idlan Talaha
Mungkin terpaksa beraksi sebagai lone-striker kerana Malaysia perlu meletakkan 5 pemain di bahagian tengah bagi mengekang Thailand. Pemain terbaik negara ketika ini, tetapi memerlukan bantuan dari rakan-rakan untuk menjaringkan gol. Berjaya menjaringkan gol dengan satu-satunya peluan yang ada ketika menentang Indonesia.

Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2011


17th dec – kelantan vs kelab singapura

19th dec – kelantan vs thai samut songkram fc
21st dec – kelantan vs thai army united
23rd dec – kelantan vs cambodia bright fc
(semua perlawanan berlangsung di stadium sultan muhammed ke-iv)

27th dec – pkns vs kelantan(stadium mppj)



masalah luar padang yang dihadapi oleh pihak pengurusan KAFA dan beberapa pemain Kelantan tidak merencatkan persiapan pasukan untuk menghadapi musim 2011.

Beberapa perlawanan persahabatan sudah pun di atur bagi memastikan kecergasan pemain-pemain berada di tahap yang terbaik bagi musim baru nanti.

Bagi ketua jurulatih B.Sathianathan, perlawanan persahabatan ini akan memberi peluang untuknya mencari kesebelasan terbaik pasukan Kelantan.

Akmal Bidas KAFA

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

BEKAS penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli membidas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa tidak berpegang kepada janji dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.

Akmal mendakwa, dia bersama lima lagi pemain tidak diberikan bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja Liga Malaysia musim 2010 berakhir.

"Saya bersama Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose dan Nor Farhan Mohamad tidak mendapat bonus seperti yang dijanjikan, sedangkan kami berada dalam skuad utama pada musim lalu.

"Dalam masa yang sama, saya dapat tahu pemain yang kekal telah diberikan bonus kemenangan itu mengikut kadar tertentu," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, dia berharap Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dapat menyelesaikan masalah pembahagian bonus itu apabila pulang dari luar negara.

Sepanjang musim lepas, pasukan Kelantan dilihat sebagai skuad yang mantap dan sempurna tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun, sebaik sahaja menjulang Piala Malaysia, beberapa tonggak utama dikatakan akan mengangkat kaki berhijrah ke pasukan lain.

Akmal Rizal dan Hairuddin sah akan beraksi dengan Perak serta Negeri Sembilan.

Bagaimanapun kedudukan kapten pasukan, Indra Putra, Azizi dan Nor Farhan Mohamad masih belum diketahui biarpun ada desas-desus mengatakan mereka akan berhijrah ke T-Team.

Pada Selasa lalu, Kosmo! melaporkan, Annuar melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pemain yang disifatkannya sebagai lupa diri selepas berjaya mencipta nama dengan The Red Warriors.

Annuar meluahkan kekecewaan itu melalui laman sosial Facebook peribadinya dan menyifatkan beberapa pemain Kelantan sebagai 'pemain yang hari ini mula ada nama telah lupa bahawa dulu mereka nobody (tidak terkenal)'.

Akmal Rizal yang juga bekas penyerang kebangsaan berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana memberikan bonus sebanyak RM200,000 dan berharap KAFA mengagihkannya secara adil kepada semua pemain.

"Saya percaya KAFA akan mengagihkan wang ini kepada semua pemain termasuk kami yang telah berhijrah ke pasukan lain," katanya.


------------------------------------------

Harap perkara macam ni dapat di selesaikan dengan baik. Rasanya sebab Akmal keluar dari Kelantan pun bukan sebab bonus kan sebab bonus pun baru di terima beberapa hari lalu, dan perpindahan Akmal ke Perak pun sudah complete sejurus selepas perlawanan akhir Piala Malaysia.

Kepada pihak KAFA, tugas yang anda jalankan selama 2 tahun kebelakangan ini sungguh memuaskan dan telah berjaya memikat peminat fanatik the Red Warriors kembali. Jadi, jangan lah sia-siakan usaha selama ini dengan masalah remeh sebegini. Rasanya kewangan KAFA sekarang pun agak baik dan pembayaran yang dilakukan kepada pemain tepat pada masanya jika nak di bandingkan dengan pasukan-pasukan lain.Lgipun, kepada pemain-pemain, bonus pun baru shaja dapt kan? Wang kemenangan daari FAM pun entah sudah diterima KAFA atau tidak..so harap-harappemain dapat bersikap ebih proffesional dan bersabar dalam hal-hal sebegini.

Harap perkara sebegini dapat di selesaikan dengan secepat mingkin agar tidak merencatkan persiapan Kelantan bagi menghadapi musim 2011.


Thursday, December 2, 2010

Khalid Jamlus kembali bersama Red Warriors

KOTA BHARU - Juara Piala Malaysia, Kelantan mengambil langkah berani apabila menyenaraikan tiga 'orang lama' sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2011 yang akan bermula pertengahan tahun depan.

Tiga 'muka lama' tersebut ialah Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi The Red Warriors musim 2009, Mohd. Khalid Jamlus.

Kemasukan ketiga-tiga pemain tersebut menjadikan enam muka baru yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan Kelantan selepas K. Soley, Muhamad Abdul Aziz Ismail dan Nurul Azuan Roya.

Kemasukan Khalid dan dua lagi rakannya itu disahkan sendiri oleh Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam yang memberitahu mereka akan mengisi kekosongan sekiranya ada pemain berhijrah.

"Khidmat ketiga-tiga pemain ini masih lagi boleh digunakan, mereka ada banyak pengalaman dan dua daripada mereka pernah bersama saya ketika mewakili negara.

"Khalid seorang pemain penyerang yang hebat terutama dalam kotak penalti, begitu juga dengan Daniel Fadli yang masih lagi mampu merencanakan barisan tengah Kelantan termasuklah Wan Rohaimi untuk memantapkan lagi barisan pertahanan," ujarnya.

Sathianathan berkata, dengan gabungan pemain sedia ada ditambah pemain baru, beliau yakin mereka mampu memberikan sesuatu buat The Red Warriors untuk musim hadapan sekurang-kurangnya mengulangi apa yang telah dilakukan pada musim lalu.

Ditanya sama ada tindakan tersebut bakal menerima kritikan daripada peminat, Sathiatahan memberitahu beliau sedia berhadapan dengan situasi tersebut.

"Keadaan ini hampir sama apabila Akmal Rizal dan Hairuddin untuk beraksi bersama Kelantan musim lalu. Ramai yang kata mereka dah tak boleh main. Tetapi akhirnya mereka telah buktikan sesuatu dan kita mampu menjadi juara, begitu juga dengan situasi ini," ujarnya.

Tambahnya, beliau menganggap ia sebagai cabaran untuk melakukan yang terbaik pada saingan musim hadapan.

"Bagi saya usia bukanlah penghalang, apa yang peting ketiga-tiga pemain ini perlu bekerja lebih keras dan memberikan tumpuan penuh pada sesi latihan," tegasnya.

Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu dia masih lagi menunggu kehadiran tiga tunggak yang membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia iaitu Kapten pasukan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.

"Sehingga hari ini, saya masih lagi belum merima apa-apa maklumat tentang ketiga-tiga pemain ini dan mereka masih lagi belum menjalani latihan bersama Kelantan," ujarnya.

Sebab Kena Belasah?

K.Rajagopal adalah jurulatih tempatan yang saya hormati, kerana memang tidak dapat di nafikan bahawa dia adalah salah seorang daripada hanya segelintir jurulatih di negara kita yang mempunyai vision serta pengalaman yang luas dalam bidang kejurulatihan.

Tetapi, kenyataan yang dibuat oleh Rajagopal berhubung kekalahan Malaysia kepada Indonesia tempoh hari, adalah tidak relevan.

Antara petikan kenyataan Rajagopal adalah:

"Real Madrid yang dibimbing Jose Mourinho dan dibarisi pemain-pemain bintang pun boleh tewas 0-5 kepada Barcelona. Korea Utara pun boleh tewas 0-7 kepada Portugal pada Piala Dunia 2010.

"Terbaru, Manchester United juga tewas 0-4 kepada West Ham United tetapi Alex Ferguson memberitahu, kekalahan itu berpunca daripada kesilapan yang dilakukan pemain pertahanan.


Kepada coach Rajagopal, usahlah bandingkan Real Madrid mahupun Manchester United dengan Malaysia. Juah bezanya tu. Kalah pula kepada Indonesia. Kalau kalah tipis tu memang lah boleh diterima tapi kena belasah 5-1 adalah satu keputusan yang amat memalukan dan memang tiada alasan yang patut diberikan.

Satu consolation atau saguhati yang ada adalah skuad negara masih berpeluang untuk layak ke pusingan separuh akhir sekiranya mendapat keputusan yang baik menentang Thailand dan Laos.

Bagaimanapun, adakah K.Rajagopal sesuai menjadi jurulatih kebangsaan? Apa yang saya maksudkan disini adalah pasukan kebangsaan dan bukan skuad bawah 23 tahun mahupun 21 tahun. Sebagai rekod atau sejarah, memang Rajagopal tampak lebih yakin apabila mengemudi pasukan bawah umur daripada menjadi jurulatih skuad utama kebangsaan.

Apa yang saya dapat simpulkan adalah Rajagopal tampak obses dengan meletakkan pemain-pemain muda di dalam pasukannya. Adakah nama seperti Mohd Fadli Shas, Izzaq Faris Ramli, Faizal Mohd dikenali oleh peminat fanatik bola sepak tempatan? Adakah pemain-pemain ini layak mewakili skuad kebangsaan hanya kerana mereka pemain yang ada bakat dan berada didalam pasukan harimau muda?

Mungkin Rajagopal akan berkata pemain-pemain ini menunjukkan permainan yang bagus ketika mewakili Malaysia di Sukan Asia Guongzhou tempoh hari.Tetapi adakah pengalaman sebegitu sudah cukup untuk mereka berada didalam skud negara? Bagaimana pula dengan pemain-pemain yang sudah mempunyai pengalaman 7 atau 8 tahun beraksi didalam Liga Tempatan dan juga Piala Malaysia? Adakah tidak adil bagi pemain-pemain tersebut tidak dipanggil untuk mewakili negara, sebaliknya tempat mereka diberi kepada pemain berumur 20 tahun yang hanya pernah mewakili pasukan bawah 19 tahun negara selama beberapa tahun?

Yang jelas, benteng pertahanan negara di robek 5 kali oleh Indonesia, dan kebanyakan gol tersebut adalah dari kealpaan dan kelekaan, dan mungkin juga kurangnya pengalaman barisan pertahanan tersebut. Di bahagian bek kanan, Rajagopal menurunkan Razman Roslan, pemain Selangor. Adakah pemain ini pemain bek kanan terbaik di negara kita? Bagaimana dengan V.Thirumugan, ataupun Mohd Daudsu Jamaluddin? Malah salah seorang pemain simpanan iaitu Mohd Sabree Abu adalah pemain yang lebih baik dari Razman.

Di bahagian bek tengah pula gandingan Muslim Ahmad dan Fadhli Shah. Mungkin kita kenal dengan Muslim, yang merupakan gandingan Aidil Zafuan ketika Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea pada tahun lepas. Tetapi siapa pula Fadhli ini? Sepatutnya dengan kecederaan yang dialami oleh Norhafiz Zamani Misbah, Nasriq Baharom sera Aidil, Rajagopal memanggil seorang pemain yang berpengalaman untuk membantu Muslim. Jika seorang pemain seperti Khairul Helmi Johari boleh dipanggil, mengapa pemain seperti Shukor Adan, S.Subramaniam ataupun Azizi Mat Rose tidak boleh diserapkan kedalam skuad kebangsaan?

Di bahagian bek kiri pula, Rajagopal meletakkan seorang lagi pemain simpanan Selangor, ya permain simpanan Selangor iaitu Asrarudin Putra Omar. Dah tak ada bek kiri lain ke kat Malaysia ni?Bukan nak memperkecilkan kemampuan Asrarudin, yang pernah mendapat jemputan untuk berlatih bersama kelab Belanda Ajax Amsterdam, tetapi masuk dek akal kah pemain simpanan sesebuah kelab atau negeri menjadi pemain utama untuk negaranya?

Bahagian tengah dan serangan, mungkin Rajagopal sudah pun memilih apa yang terbaik dapat di turunkan oleh Malaysia. Amirulhadi Zainal, Syafiq Rahim, Amri Yahyah serta S.Kunalan masing-masing beraksi cemerlang untuk pasukan negeri masing-masing, begitu juga dengan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.

Tetapi kesilapan Rajagopal untuk tidak memanggil pemain pertahanan yang berpengalaman mungkin menjadi duri dalam daging bagi kempen Piala Suzuki skuad negara kali ini. Ada laporan menyatakan Rajagopal sedia membubar bahagian pertahanan negara dengan membuat beberapa pertukaran. Persoalannya siapa yang mampu menggalas tugas berat mengkengkam penyerang Thailand seperti Therateep Winothai dan Sarayoot Chaikamdee?

Khairul Helmi Johari?Fazli Mohd? Mahali Jasuli? ataupun Sabree Mat Abu. Jelas pemain simpanan yang ada tidak banyak bezanya dari segi kualiti dan pengalaman dari 4 pertahanan yang telah dirobek dengan teruk sekali oleh pemain-pemain Indonesia.

Apa yang kita dapat harapkan adalah sesuatu keajaipan boleh berlaku dan pemain-pemain kita dapat memberikan persembahan terbaik untuk baki 2 perlawanan yang akan datang..

Stadium Sultan Muhammad Ke IV bakal dipasang papan elektronik

KERAJAAN Negeri Kelantan meluluskan peruntukan RM1.1 juta untuk memasang papan keputusan elektronik bagi menggantikan papan keputusan sedia ada di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Su kan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, papan keputusan elektronik itu dijangka akan dipasang tidak lama lagi dan boleh digunakan bermula tahun depan.

Menurutnya, pemasangan papan keputusan elektronik itu merupakan antara kemudahan baru yang disedia- kan untuk penambahbaikan stadium tersebut.

“Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan peruntukan pemasangan papan keputusan elektronik itu sejak Oktober lalu dan kerja-kerja pemasangannya pula akan dilakukan tidak lama lagi,” katanya di Kota Bharu semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya juga masih menunggu maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keperluan- keperluan lain untuk menaik taraf stadium itu.

Katanya, kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium sedia mengadakan pembincangan dengan FAM dalam usaha meningkatkan kemudahan di stadium yang telah mencecah 50 tahun itu.

“Antara cadangan lain untuk penambahbaikan stadium itu ialah menambah bilangan tempat duduk di bahagian berbumbung.

“Kerja-kerja tersebut perlukan kajian yang rapi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjamin keselamatan penonton,” ujarnya.

Wednesday, December 1, 2010

Indonesia 5 Malaysia 1

Malaysia memulakan langkah dengan langkah kiri pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Indonesia apabila kecundang 5-1 kepda tuan rumah Indonesia.

Malaysia bagaimanapun membuka jaringan pada minit ke 18 menerusi penyerang Kelantan Norshahrul Idlan Talaha yang menerima umpanan cantik Mohd Safee Sali.

Tetapi malang buat skuad negara apabila bolos 5 kali selepas itu, kali pada separuh masa pertama dan tiga kali pada masa ke dua.

Jaringan-jaringan Indonesia dihasilkan oleh gol sendiri bek kiri negara Asrarudin Putra Omar, penyerang dari Uruguay Christian Gonzalez, Mohammad Ridwan, Arif Suyono dan pemain kacukan Indon-Belanda Irfan Bachdim.

Kekalahan ini meletakkan Malaysia di tempat tercorot kumpulan A, setelah perlawanan pertama kumpulan menyaksikan Thailand di kejutkan oleh Laos apabila berjaya mengikat gergasi Asia Tenggara itu dengan keputusan 2-2-.

Malaysia perlu mendapatkan keputusan yang positif apabila menentang Thailand sabtu ini jika berhasrat untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.