Saturday, December 4, 2010

Malaysia ikat Thailand, Laluan ke Separuh Akhir Tipis..

Barisan pertahanan Malaysia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila menidakkan usaha pemain Thailand menjaringkan gol spanjang 90 minit perlawanan, tetapi kegagalan beberapa pemain serangan yang tidak berjaya menyambut beberapa umpanan cantik dari Norshahrul Idlan Talaha menyaksikan skuad negara terlepas peluang untuk mencuri kemenangan dari skuad gajah putih.

Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan penuh oleh Thailand, yang membuat sekurang-kurangnya 15 percubaan ke arah pintu gol Khairul Fahmi Che Mat. Namun pertahanan negara yang di ketuai pemain berusia 21 tahun iaitu Muslim Ahmad, kebal menangkis setiap percubaan yang di lancarkan oleh pemain Thailand.

Kemasukan Khairil Muheymeen Zambri pada lewat separuh masa pertama menyaksikan Malaysia bangkit sedikit pada separuh masa kedua dan mula melancarkan beberapa serangan ke arah pintu gol Thailand, yang langsung tidak di uji pada separuh masa pertama.

Beberapa larian cantik dari Norshahrul dari sebelah kanan gagal dimanfaatkan oleh Safee Sali, S.Kunalan dan juga Khyril Muheymeen.

Thailand hampir mendapat gol kemenangan pada masa kecederaan namun sepakan yang terkena salah seorang pemain pertahanan negara singgah di palang gol.

Dengan keputusan ini, Malaysia kekal di tangga tercorot Kumpulan A dengan 1 mata, manakala Thailand berada di tangga ke dua dengan 2 mata. Indonesia yang menumpaskan Laos 6-0 sudah pun layak sebagai juara kumpulan dan akan menutup aksi peringkat kumpulan dengan menentang Thailand. Malaysia perlu menang ke atas Laos, sambil mengharapkan ihsan dari Indonesia agar sekurang-kurangnya mengikat Thailand dengan keputusan seri, jika mahu layak ke peringkat separuh akhir.

No comments:

Post a Comment