Wednesday, December 1, 2010

Bagaimana Persiapan Kelantan 2011?


Oleh kerana kesibukan pihak media memberi perhatian kepada kejohanan piala suzuki aff di Indonesia, maka berita perpindahan pemain-pemain di liga malaysia agak tergendala sedikit. Tetapi, Kelantan selaku juara Piala Malaysia 2010 mungkin akan kehilangan khidmat 3 pemain bintang mereka iaitu kapten Indra Putra Mahiyuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Mat Rose.

Peminat The Red Warriors sudah sedia maklum bahawa Hairuddin Omar akan berhijrah ke Negeri Sembilan, Akmal Rizal akan ke Perak manakala Syed Adney Syed Hussein akan menyarung jersi Sabah pada musim depan.

Tetapi laporan terbaru mengatakan bahawa Indra, Farhan dan Azizi telah menyain kontrak lumayan untuk bersama T-Team bagi musim 2011 yang akan datang. Yang peliknya, mana datang wang pasukan T-Team ini? Bukan mahu bersangka buruk tetapi T-Team adalah pasukan berstatus kelab, majoriti penyokong di Terengganu pastinya lebih menyayangi dan menyokong pasukan negeri Terengganu, jadi dari mana datangnya sumber pendapatan pasukan itu. Kita semua sedia maklum bahawa sebahagian besar pendapatan sesebuah pasukan di Malaysia bergantung kepada kutipan tiket perlawanan dan juga sokongan dari peminat2.(mungkin ada sheikh2 yang baik hati menaja T-Team yang mungkin juga 3 pupu kepada pemilik Man City , ataupun mat minyak ala2 Roman Abramovich, Terenganu kan kaya dengan minyak..).

Apa-apa pun, Kelantan masih mampu mengekalkan beberapa pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha dan S.Subramaniam yang akan menjadi tonggak pasukan Kelantan bagi musim 2011. Tan Sri Anuar Musa juga telah membuat kenyataan bahawa Kelantan telah membawa masuk 6 muka baru, iaitu K.Soley, Nurul Azwan Roya, Aziz Ismail, Wan Rohaimi Wan Ismail, Muhammad Khalid Jamlus dan Danial Fadzly. Dijangka satu atau dua muka baru lagi bakal di bawa masuk sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 8hb Disember nanti...

No comments:

Post a Comment