Kekalahan memalukan 5-1 kepada Indonesia tempoh hari menyaksikan Malaysia perlu menang keatas Thailand jika mahu menghidupkan peluang untuk beraksi di pentas separuh akhir Piala AFF Suzuki Cup 2010.
Persoalan sekarang, mampukah anak-anak buah K.Rajagopal membuat kejutan dengan menewaskan Thailand, yang merupakan pasukan Asia Tenggara paling kuat di atas kertas.
Skuad Harimau Malaya sudahpun dicacatkan dengan ketiadaan pemain-pemain seperti Norhafiz Zamani Misbah, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Razak, Azmi Muslim, Badrol Bakhtiar, S.Chanturu, Fakri Saraani dan Mohd Zaquan Adha Razak, semuanya tidak dapat beraksi akibat daripada kecederaan yang dialami.
Jelas, kelibat pemain-pemain yang tidak dapat beraksi amat terasa ketika perlawanan pembukaan, terutamanya di bahagian pertahanan, dimana Rajagopal telah menurunkan 2 orang pemain pertahanan yang berusia 21 dan 19, iaitu Muslim Ahmad dah Fadhli Shas.
Akibatnya, kecetekan pengalaman dan rasa gugup pemain tersebut menyaksikan Malaysia melepaskan 5 gol dengan mudah sekali.
Sebagai peminat sukan negara, siapalah saya jika hendak di bandingkan dengan K.Rajagopal, tetapi berdasarkan 22 pemain negara yang ada sekarang, inilah kesebelasan yang mungkin saya turunkan ketika beraksi menentang Thailand petang ini.
*gambar Amri Yahyah besar bukan bermakna dia pemain kesayangan, tetapi x jumpa gambar kecil yang seragam dengan gambar pemain-pemain lain.
Formasi: 4-2-3-1
Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat
selepas Sharbinee Alawee melepaskan 5 gol, mungkin ini giliran penjaga gol yang dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik liga Malaysia 2010 dan pemain muda terbaik Liga Malaysia 2010 untuk mengemudi gawang negara.
Bek Kanan: Sabree Mat Abu
Boleh beraksi di mana-mana bahagian pertahanan, pemain Kedah ini adalah antara pemain yang kerap di panggil oleh Rajagopal sejak tahun 2009 lagi.
Bek Tengah: Khairul Helmi Johari & Muslim Ahmad
Mungkin pengalaman Khairul dapat membantu Muslim, seorang pertahanan muda yang tenang dan berpotensi untuk bermain dengan lebih baik dan mengekang penyerang-penyerang Thailand.
Bek Kiri: Asrarudin Putra Omar
Gol sendiri tempoh hari harap tidak melemahkan semangat Asrarudin, yang merupakan satu-satunya pemain kaki kiri di bahagian pertahanan negara.
Defensive midfielders: Safiq Rahim dan K.Gurusamy
Perlu bertindak sebagai protector kepada pertahanan negara, juga perlu melorongkan bola-bola cantik kepada bahagian sayap dan serangan.
Attacking midfielder/Free role: Amri Yahyah
Bertindak sebagai pemain yang mempunyai free role, atau membantu dan membuka ruang bagi Idlan membuat percubaan ke arah pintu gol Thailand.
Sayap kanan: Amirulhadi Zainal
Selepas prestasi kurang memberansangkan ketika menentang Indonesia, Amirulhadi perlu mempertingkatkan permainannya yang kelihatan amat baik ketika beraksi dengan Selangor. Perlu membuat larian deras dan hantaran kepada Idlan.
Sayap kiri: S.Kunalan
Pemain laju ini perlu menggunakan kelajuan yang ada untuk melepasi perangkap offsaid Thailand sekaligus membuka peluang kepadanya atau penyerang untuk membuat percubaan.
Penyerang:Norshahrul Idlan Talaha
Mungkin terpaksa beraksi sebagai lone-striker kerana Malaysia perlu meletakkan 5 pemain di bahagian tengah bagi mengekang Thailand. Pemain terbaik negara ketika ini, tetapi memerlukan bantuan dari rakan-rakan untuk menjaringkan gol. Berjaya menjaringkan gol dengan satu-satunya peluan yang ada ketika menentang Indonesia.
No comments:
Post a Comment