Tetapi, kenyataan yang dibuat oleh Rajagopal berhubung kekalahan Malaysia kepada Indonesia tempoh hari, adalah tidak relevan.
Antara petikan kenyataan Rajagopal adalah:
"Real Madrid yang dibimbing Jose Mourinho dan dibarisi pemain-pemain bintang pun boleh tewas 0-5 kepada Barcelona. Korea Utara pun boleh tewas 0-7 kepada Portugal pada Piala Dunia 2010.
"Terbaru, Manchester United juga tewas 0-4 kepada West Ham United tetapi Alex Ferguson memberitahu, kekalahan itu berpunca daripada kesilapan yang dilakukan pemain pertahanan.
Kepada coach Rajagopal, usahlah bandingkan Real Madrid mahupun Manchester United dengan Malaysia. Juah bezanya tu. Kalah pula kepada Indonesia. Kalau kalah tipis tu memang lah boleh diterima tapi kena belasah 5-1 adalah satu keputusan yang amat memalukan dan memang tiada alasan yang patut diberikan.
Satu consolation atau saguhati yang ada adalah skuad negara masih berpeluang untuk layak ke pusingan separuh akhir sekiranya mendapat keputusan yang baik menentang Thailand dan Laos.
Bagaimanapun, adakah K.Rajagopal sesuai menjadi jurulatih kebangsaan? Apa yang saya maksudkan disini adalah pasukan kebangsaan dan bukan skuad bawah 23 tahun mahupun 21 tahun. Sebagai rekod atau sejarah, memang Rajagopal tampak lebih yakin apabila mengemudi pasukan bawah umur daripada menjadi jurulatih skuad utama kebangsaan.
Apa yang saya dapat simpulkan adalah Rajagopal tampak obses dengan meletakkan pemain-pemain muda di dalam pasukannya. Adakah nama seperti Mohd Fadli Shas, Izzaq Faris Ramli, Faizal Mohd dikenali oleh peminat fanatik bola sepak tempatan? Adakah pemain-pemain ini layak mewakili skuad kebangsaan hanya kerana mereka pemain yang ada bakat dan berada didalam pasukan harimau muda?
Mungkin Rajagopal akan berkata pemain-pemain ini menunjukkan permainan yang bagus ketika mewakili Malaysia di Sukan Asia Guongzhou tempoh hari.Tetapi adakah pengalaman sebegitu sudah cukup untuk mereka berada didalam skud negara? Bagaimana pula dengan pemain-pemain yang sudah mempunyai pengalaman 7 atau 8 tahun beraksi didalam Liga Tempatan dan juga Piala Malaysia? Adakah tidak adil bagi pemain-pemain tersebut tidak dipanggil untuk mewakili negara, sebaliknya tempat mereka diberi kepada pemain berumur 20 tahun yang hanya pernah mewakili pasukan bawah 19 tahun negara selama beberapa tahun?
Yang jelas, benteng pertahanan negara di robek 5 kali oleh Indonesia, dan kebanyakan gol tersebut adalah dari kealpaan dan kelekaan, dan mungkin juga kurangnya pengalaman barisan pertahanan tersebut. Di bahagian bek kanan, Rajagopal menurunkan Razman Roslan, pemain Selangor. Adakah pemain ini pemain bek kanan terbaik di negara kita? Bagaimana dengan V.Thirumugan, ataupun Mohd Daudsu Jamaluddin? Malah salah seorang pemain simpanan iaitu Mohd Sabree Abu adalah pemain yang lebih baik dari Razman.
Di bahagian bek tengah pula gandingan Muslim Ahmad dan Fadhli Shah. Mungkin kita kenal dengan Muslim, yang merupakan gandingan Aidil Zafuan ketika Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea pada tahun lepas. Tetapi siapa pula Fadhli ini? Sepatutnya dengan kecederaan yang dialami oleh Norhafiz Zamani Misbah, Nasriq Baharom sera Aidil, Rajagopal memanggil seorang pemain yang berpengalaman untuk membantu Muslim. Jika seorang pemain seperti Khairul Helmi Johari boleh dipanggil, mengapa pemain seperti Shukor Adan, S.Subramaniam ataupun Azizi Mat Rose tidak boleh diserapkan kedalam skuad kebangsaan?
Di bahagian bek kiri pula, Rajagopal meletakkan seorang lagi pemain simpanan Selangor, ya permain simpanan Selangor iaitu Asrarudin Putra Omar. Dah tak ada bek kiri lain ke kat Malaysia ni?Bukan nak memperkecilkan kemampuan Asrarudin, yang pernah mendapat jemputan untuk berlatih bersama kelab Belanda Ajax Amsterdam, tetapi masuk dek akal kah pemain simpanan sesebuah kelab atau negeri menjadi pemain utama untuk negaranya?
Bahagian tengah dan serangan, mungkin Rajagopal sudah pun memilih apa yang terbaik dapat di turunkan oleh Malaysia. Amirulhadi Zainal, Syafiq Rahim, Amri Yahyah serta S.Kunalan masing-masing beraksi cemerlang untuk pasukan negeri masing-masing, begitu juga dengan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.
Tetapi kesilapan Rajagopal untuk tidak memanggil pemain pertahanan yang berpengalaman mungkin menjadi duri dalam daging bagi kempen Piala Suzuki skuad negara kali ini. Ada laporan menyatakan Rajagopal sedia membubar bahagian pertahanan negara dengan membuat beberapa pertukaran. Persoalannya siapa yang mampu menggalas tugas berat mengkengkam penyerang Thailand seperti Therateep Winothai dan Sarayoot Chaikamdee?
Khairul Helmi Johari?Fazli Mohd? Mahali Jasuli? ataupun Sabree Mat Abu. Jelas pemain simpanan yang ada tidak banyak bezanya dari segi kualiti dan pengalaman dari 4 pertahanan yang telah dirobek dengan teruk sekali oleh pemain-pemain Indonesia.
Apa yang kita dapat harapkan adalah sesuatu keajaipan boleh berlaku dan pemain-pemain kita dapat memberikan persembahan terbaik untuk baki 2 perlawanan yang akan datang..
No comments:
Post a Comment