Tuesday, December 7, 2010

Pemain Baru Malaysia?





Gambar siapa kah diatas ini? Bukan yang berbaju pink itu kerana satu dunia sudah tahu itu adalah Tim Cahill.

Pemain gambar diatas yang juga sedang bergelut dengan Cahill adalah seseorang pemain bola sepak yang bernama Brendan Gan.

Apa istimewanya Brendan Gan ini?

Buat pengetahuan semua, Gan adalah pemain berketurunan Cina( ibu dari Sarawak dan bapa dari Negeri Sembilan) yang dilahirkan di Sutherland Shire, Australia dan bermain untuk kelab gergasi Liga Australia iaitu Sydney FC.

Mempunyai ketinggian 1.78m atau 5 kaki 10 inci, Gan adalah seorang pemain attacking midfielder dan menyarung jersi nombor 7 untuk Sydney FC.

Gan memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama kelab Marton Hammers sebelum menyain kontrak bersama Sutherland Sharks pada tahun 2000, ketika baru berusia 12 tahun.

Pada tahun 2008, Gan membuat penampilan sulungnya bersama Sutherland Sharks dan telah dinobatkan sebagai New South Wales Premier League Player of the Year.

Kemudian, Gan telah menyertai Sydney FC pada tahun 2008 dan membuat penampilan pertama ketika menentang Queensland Roar.

Rekod Gan jika di petik dari Wikipedia adalah 4 gol dalam 38 penampilan bersama Sydney dan 7 gol dalam 23 penampilan liga bersama Sutherland.

Oleh kerana Gan tidak pernah mewakili Australia dalam mana-mana peringka umur, ini bermakna harapannya untuk mewakili Australia adalah tipis sekali. Dan Gan telah pun membuat kenyataan bahawa dia berminat untuk mewakili Malaysia sekiranya di pilih.

Ini pula petikan sumber Utusan:

Selain itu, Azzuddin berkata FAM mempunyai perancangan untuk berjumpa wakil Brendan Gan, 22, yang difahamkan berminat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa sekiranya diberikan peluang.

''FAM akan usahakan dalam masa terdekat menemui Brendan, namun ia perlu mendapat makluman Jawatankuasa Teknikal terlebih dahulu dan mendapat perkenan Presiden, Sultan Ahmad Shah.

''Banyak perkara perlu kami teliti terlebih dahulu seperti profil dan laporan prestasi Brendan sebelum kami mengemukakan tawaran bermain bersama skuad kebangsaan, '' katanya.



Bila lagi FAM mahu mengikut jejak langkah Indonesia dan Filipina yang mencari bakat-bakat baru yang dapat menjulang skuad bola sepak mereka dari luar negara?

Piala Suzuki edisi kali ini menyaksikan kehadiran beberapa bintang baru seperti pemain kacukan Indonesia/Belanda iaitu Irfan Bachim, seorng pemain bertatoo di lengan kanan yang memakai jersi nombor 17 yang kini adalah bintang baru bola sepak Indonesia.

Begitu juga dengan Filipna yang mempunyai adik beradik Younghusband iaitu Phillip dan Gary, yang juga adalah pemain kelahiran England yang pernah menjadi sebahagian daripada skuad remaja Chelsea.

Kehadiran pemain-pemain sebegini jelas dapat meningkatkan lagi mutu permainan kedua-dua pasukan tersebut. Proses Naturalisasi yang sudah lama di buat oleh Singapura mahupun Indonesia sekarang mungkin tidak perlu dilaksanakan kerana tidak adil bagi pemain-pemain negara sekiranya teman sepasukan mereka adalah pemain yan tidak ada asal-usul pun dengan negara Malaysia tetapi bermain untuk Malaysia.

Tetapi mengambil pemai-pemain yang berdarah Malaysia, yang boleh bermain dengan Malaysia, dan yang paling penting mahu bermain untuk negara,mereka ini perlulah di cari di merata pelusuk dunia. Tidak mustahil ada pemain-pemain dari liga divisyen bawah England yang layak untuk menyarung jersi Malaysia. Begitu juga dengan khabarnya terdapat 2 orang pemain di Liga Jepun yang boleh mewakili Malaysia kerana ibu bapa mereka berasal dari negara kita.

FAM sebagai badan bola sepak negara perlulah membuka mata dan menjalankan tugas mereka dengan cekap dan pantas. Sekiranya projek-projek seperti menghantar pemain-pemain muda yang berbakat ke luar negara tidak membuahkan hasil seperti yang diidamkan, mungkin proses mencari pemain proffesional yang sudah sedia di luar negara dan bersedia untuk mewakili negara bukan sahaja perlu dipertimbangkan, malah perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera agar bola sepak Malaysia dapat bernafas seperti dahulu kala.

No comments:

Post a Comment