Tuesday, December 7, 2010

Rajagobal tunai janji





Daripada Lokman Zainal Abidin di Palembang, Indonesia

SELEPAS bergelut dengan pelbagai masalah, Malaysia akhirnya berjaya melayakkan diri ke kelompok empat pasukan terakhir kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 selepas menundukkan Laos 5-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Jaka Baring, Palembang, malam tadi.

Kejayaan itu meleraikan kebimbangan ketua jurulatih, K Rajagobal serta semua anak buahnya yang sebelum ini sangsi dengan tindakan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl merehatkan lima pemain utama ketika bertemu Thailand pada satu lagi perlawanan yang dijalankan serentak di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.


Pada perlawanan itu, Indonesia menundukkan Thailand 2-1 sekali gus membuatkan kem Malaysia menarik nafas lega kerana berjaya lolos ke separuh akhir walaupun selepas ditewaskan 5-1 oleh Indonesia pada perlawanan pembukaan., masa depan anak buah Rajagobal itu untuk melepasi peringkat kumpulan seakan samar.

Sebelum bertemu Laos, Rajagobal berjanji memastikan Malaysia layak ke separuh akhir dan janjinya itu dilunaskan menerusi jaringan Amri Yahyah (dua gol) manakala Amirulhadi Zainal, Nor Shahrul Idlan Talaha masing-masing menyumbang satu gol dan ditambah satu gol lawan Pada pertemuan di Palembang malam tadi, tidak banyak aksi membanggakan dipersembahkan Malaysia sepanjang 45 minit babak pertama berlangsung dan suara Rajagobal lebih lantang kedengaran berbanding suara pemain yang bermain di hadapan tidak sampai 70 penonton - kebanyakannya penuntut Malaysia di sekitar Palembang.


Hasrat Malaysia mengotakan azam bermain lebih baik berbanding dua perlawanan lalu, mula terpamer apabila mendahului Laos seawal minit ketiga menerusi tandukan kapten Selangor, Amri yang mendapat hantaran lintang Nor Shahrul Idlan Talaha.


Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan empat minit sebelum Lamnao Singto menyamakan kedudukan 1-1, juga menerusi tandukan yang melepasi jangkauan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Malaysia yang sepatutnya mempamer aksi lebih kemas untuk mencari gol, gagal berbuat demikian sebaliknya banyak hantaran yang tidak sampai ke kaki rakan membuatkan penjaga gawang Laos, Sengphachan Bounthisanh lebih banyak berehat berbanding Khairul Fahmi yang kerap diduga penyerang lawan.


Pada minit ke-39, Amri pantas memastikan Malaysia mendahului 2-1 selepas menolak mudah hantaran kapten, Safiq Rahim dan kedudukan itu kekal sehingga hingga pengadil dari Vietnam, Vo Min Tri meniupkan wisel bagi menamatkan saingan babak pertama tamat.

Entah apa kata-kata digunakan Rajagobal ketika taklimat di bilik persalinan, pemain Malaysia kembali bermula garang sebaik bermula babak kedua dan aksi agresif seperti yang diharapkan pengendali itu, mula kelihatan walau hujan lebat diiringi angin yang agak kuat, membataskan sedikit rentak pemain.


Nor Shahrul Idlan yang mendapat umpanan S Kunanlan pada minit ke-61, hampir menjadikan kedudukan 3-1 tapi penyerang Kelantan yang baru dinobat sebagai pemain paling bernilai itu yang hanya berdepan dengan penjaga gol Laos, gagal mengawal bola dengan baik manakala tandukan yang dilakukan Safiq, sembilan minit selepas itu pula melewati palang gol.


Gol ketiga yang dicari-cari skuad kebangsaan berjaya juga dihasilkan Amirulhadi pada minit ke-73 selepas kesilapan pemain pertahanan Laos dan Nor Shahrul Idlan menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-76.


Gol sendiri rembatan pertahanan Laos, Ketsada Souksavanh menerjah gawang lawan pada minit akhir permainan sekali gus melengkapkan kemenangan besar 5-1.

No comments:

Post a Comment